
????PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BERTULIS
????28 JULAI - 13 OGOS 2025
Puan Sariza binti Othman, Pengetua SMK Bandar Baru Sintok, mewakili barisan pentadbir, PIBG, semua guru dan seluruh warga sekolah ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM Bertulis kepada semua calon SPM 2025.
????Buat semua Calon SPM 2025,
Peperiksaan ini bukan sekadar ujian biasa. Peperiksaan ini merupakan medan penting untuk mengukur kefahaman dan tahap persiapan anda sebelum menghadapi SPM sebenar. Jadikanlah peperiksaan kali ini sebagai peluang menguji strategi, mengesan kelemahan, dan memperbaiki kekurangan.
????Warga SMK Bandar Baru Sintok yakin dan percaya bahawa dengan bimbingan guru, dorongan keluarga serta iltizam dalam diri, anda mampu menghadapi cabaran ini dengan cemerlang dan yakin.
????Teruskan berdoa, jaga kesihatan, dan mohon restu daripada ibu bapa serta guru-guru.
Yakinlah, kejayaan adalah milik mereka yang berusaha tanpa jemu.
PIBG SMK Bandar Baru Sintok