• Main
  • News

Hari Pengumuman Keputusan Spm

Hari Pengumuman Keputusan Spm

HARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM

TARIKH: 24 April 2025
HARI: Khamis
MASA: 10.00 pagi

Hari ini merupakan detik yang amat bermakna buat seluruh warga sekolah apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan. Dengan penuh rasa syukur pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 128 orang calon SPM 2024 atas pencapaian yang amat membanggakan. Sesungguhnya, keputusan tahun ini merupakan antara terbaik pernah dicapai oleh sekolah iaitu GPS 4.01.

Kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Kejayaan ini merupakan hasil kerja keras, dedikasi dan kesungguhan para pelajar, diiringi usaha gigih para guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dan bimbingan. Tidak dilupakan juga sokongan padu daripada ibu bapa dan PIBG, komuniti setempat yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam memastikan kesejahteraan dan motivasi anak-anak kita terjaga sepanjang perjalanan mereka.

Kepada semua calon SPM, ingatlah bahawa keputusan ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih besar. Teruskan melangkah dengan yakin, bawa semangat juang dan nilai murni yang telah dipupuk selama ini ke mana-mana jua anda pergi. Jangan takut pada cabaran kerana anda telah membuktikan bahawa dengan usaha dan doa, tiada yang mustahil.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan perjalanan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang pada masa hadapan.

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI
SMKBBS DI HATI

Galeria Sintok
PIBG SMK Bandar Baru Sintok
Pss Alfalah